Wednesday, December 31, 2008

Nak Berjaya

Malam ni aku betul-betul curi tulang, masuk saja kerja lepas hand over dengan Irwan, aku terus buka lap top, angan2 nak buat editing majlis pertunangan DD, tapi masalahnya hampir 3 jam aku buat, hang pulak lap top ni,,,,,banganggggg aku, beralih arah aku ke desk top opis, apalagi surf internet laa.......

Menyentuh tentang azam,,,,,ramai orang berazam yang baik2,,,,,tapi macamana kita nak berjaya mencapainya,,,,,,,sebenarnya kalau kita berniat dan berusaha, pasti juga akan tercapai,,,,,apa2lah yang kita nak , kalau berazam, niat dengan sungguh2 dan berusaha, Insyaallah,,,Tuhan akan membantu.

Kalau badan berisi,,,,,(bukan mengandung, maaf bagi yang gemuk), kalau nak kurus boleeehhh, tapi kena kuat semangat, bukan macam aku,,,,,badan memang ketogeri sedarhana tapi berat ketogeri yang heavy punya, betul berazam nak kurus badan, tapi senaman kureng, makan banyak, tidur terlebih,,,,jadilah badan tu maintain saja,,,,,,,,,,kalau gemuk, gemuk la tu.

Nak beribadat pun macam tu juga,,,kalau tak dengan hati yang ikhlas, tak menjadi, sembahyang depan orang saja, itu menunjuk namanya, tapi kalau sorang-sorang malas pula nak solat,,macamana nak jadi orang yang ok ni,,,,,,,tak berani aku nak cakap soleh/solehah,,,,,hehehe

2008 + 2009

Tahun ni aku keje lagi cam taun lepas, kerja berterusan, 2 tahun, 2 bulan, 2 hari/malam , 2 jam dan 2 minit,,,,,,,dah apa nak buat, cari reziki.

Menyentuh tentang tahun baru, ramai orang menanam azam yang baru dan yang lebih baik dari tahun2 yang sudah,,,,,tapi selalunya tak berjaya,,,,,kerna apa,,,,,,kerna menanam azam, ertinya azam tu di tanam, tak dibuat dengan hati yang jujur, cuba dibuat dengan sepenuh hati, saya percaya ianya akan menjadi,,,,,,,,saya dah buktikannya,,,,,,,,10 tahun lepas saya berazam berhenti merokok,,,,,,alhamdullilah ,,,,,saya dah tak merokok ,,,,,,,,,saya tak sebut "lagi",,,,,kerna untuk taun 2008 + 2009 ni jam 1159 nanti saya nak merokok sebatang rokok,,,,,,lepas tension,,,,,,

Menyentuh tentang azam, macam biasa laa, sambung azam yang lepas, harap-harap tahun ni tahun yang baik untuk semua,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Sedikit mengenai daerah ku
















Tuesday, December 30, 2008

Urusan Beres ke?

Alhamdullilah, tadi pagi balik dari kerja, kita uruskan hal-hal personal yang tertangguh, pegi bank ambil duit dan bayar hutang,,,,,,,,,,,,,,masalahnya di sini kenapa perlu berhutang, tak bolehke kita hidup tanpa hutang. Tentu ada yang kata boleh dan ada juga yang kata tak boleh.

Sebenarnya berhutang atau tanpa berhutang itu dari individu itu sendiri. Macam saya, saya boleh memilih membayar secara tunai atau berhutang, tapi tabiat manusia ni memang suka yang menyusahkan,,,,,suka juga berhutang, baik untuk dunia dan juga untuk akhirat. Kalau hutang dunia saya banyak,,,,that mean boleh lagi dikira, tapi hutang akhirat, waallah hu alam, Allah sahaja yang tahu.......terlalu banyak hutang ku pada Yang Esa, hutang sembahyang, puasa, zakat dan macam-macam lah,,,,,,susah juga untuk menjadi seoarang manusia......

Hari ni, esok dan 1 Januari

Tup tip tup tip dah hujung tahun, terasa masa begitu cepat berlalu. Hari ni dan esok memang banyak yang perlu diberaskan, tentunya soal-soal dunia, dan kalau sudah soal dunia tu , tentu saja soal-soal meterialistik.

Untung orang yang punya kerja sendiri atau bisness sendiri, boleh la sikit-sikit kelentong kerajaan untuk sembunyikan soal-soal pendapatan, bagi yang makan gaji, macam ana ni, memang tak dapat lari dari tax,,,,,,tapi kalau ada peluang nak juga, satu cara nak kurangkan tax ialah dengan zakat, rasa2 dah buat, lagi dengan derma (mesti dengan resit), beli komputer, tapi takkan tahun tahun, dan yang terbaru (taksiran 2008) ialah menabung SSPN.

Hari ni punya rancangan menabung SSPN, bayar bil-bil, lepas tu balik rumah,,,,,tidurrrrrrrrrrr,
malam kerja lagi........

untuk anda semua hari ni 30 hb dan esok 31hb bank masih buka untuk menguruskan segala hal-hal dunia.............

Monday, December 29, 2008

Belajar dari pengalaman

Aku curi tulang lagi, melayari internet di waktu kerja bukanlah rutin kerja ku. Aku di tugaskan menyelia dan memastikan segala kerja berjalan dengan teratur dan selamat . Inilah agaknya gaji yang aku terima selama ini kureng berkat,,,,,habis curi tulang saja.

Menengok-nengok blog orang lain, secara tak sengaja jumpa blog Linda On, bacalah sikit tentang perkembangannya. Next time boleh baca lagi,,,,,,

Tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, boleh aku berkhayal, mujur perjalanan tidak sibuk kalau tak,,,,,,,,,

pengalaman hidup selama ini cukup banyak, tapi walau sebanyak manapun pengalaman yang diperolehi ianya tak akan pernah cukup, maksud ku masih banyak lagi pengalaman yang belum kita tempuhi, macam belajar juga, jika kita sudah tahu perkara yang ini, ada lain perkara lagi yang kita tidak tahu, belajar juga tak akan habis-habisnya. Tapi pengalaman adalah guru yang terbaik. Melalui pengalaman yang pernah ditempuhi, kita cuba mengelakkan kesalahan untuk kali kedua dan akan melakukan perkara yang sama jika memberi menaafaat untuk kita.
Ingat ada bidalan, kalau kita dengar, kita lupa, kalau kita lihat kita ingat tapi kalau kita lakukan (pengalaman) kita faham.

Kerja berterusan

29 Dec , bersamaan 1 Muharam, Hari ni publik holiday, tapi saya tetap bekerja, tak kira waktu dan masa, kerja shift katakan. Malam kedua , ada 4 malam lagi. Sepatutnya saya bekerja 2 hari shift siang disusuli dengan 2 hari shift malam, kemudian off (cuti) 4 hari, selepas itu sambung lagi 2 hari siang dan 2 hari shift malam, off 4 hari , seterusnya kerja, off , kerja, off ,,,begitulah rutin kerja saya.
Tapi hujung tahun ni , bermasalah sedikit, seorang kawan cuti Xmas, yang seorang balik kampung di Kedah, khabarnya isterinya sakit dan di masukkan ke hospital, jadi tinggalah saya dan kawan saya Irwan, untuk meneruskan sisa-sisa kerja hujung tahun ni,,,,,,apa nak buat.
Tahun ni 31 Dec , saya kerja 2 tahun berturut-turut, tak caya,,,,,,,,datang kerha jam 0730 malam 31/12 dan balik 0730 pagi 1/1/09,,,,,,,,2 tahun, 2 bulan dan 2 hari,,,,,,

Sunday, December 28, 2008

Download

7 jam sudah aku bekerja, selain kerja-kerja rutin, aku curi tulang juga sempat melayari internet dan juga nak buat download video yang aku ambil ketika majlis pertunangan DD tempoh hari, tapi,,,,,,macam meragam pula aku punya SD ni,,,,,macam kena virus, tengok dekat video boleh tapi download tak boleh, apa sudah jadi ni,,,,,,,aku give up, masa ada lagi 9 jam untuk kerja.

Tadi ada problem tentang XT152, tak boleh start, macam-macam sudah di reset, entah apa silapnya,,,,alhamdullilah setelah 1 jam mencari musababnya, XT pun dapat start.

Kerja 18 jam

28 Dec 2008, inilah tulisan ku yang pertama. Pagi tadi pergi ke tempat anak kawan kawin di Rancha-rancha, pergi bersama bakal menantu, agak awal juga datang , jam 1030 pagi sudah tiba, bagi sedikit hadiah buat Bro Dullah kemudian terus makan. Nampak juga seorang yang dikenali yg hampir merosakkan rumahtangga datang ke majlis berkenaan. Ah lupakan itu kisah lama. Aku balik naik motor, waktu pergi pakai kereta, anak pakai motor, tapi oleh sebab aku ada hal sedikit di bandar terpaksalah aku pakai motor. Dibandar singgah sebentar di kedai Singer, oja dangan meliat-liat ,,,,memang benar tergoda dengan mesin basuh PENSONIC, auto 10kg, harganya Rm1395, kalau beli cash, teuke kedai offer lagi ke RM1200. Duit pula tiada, pegi sekejap ke bank, sungkap jua RM1500, diselajurkan dengan bayar kad kredit RM200.
Selepas ambil duit terus ke kedai tadi dan jadi........RM1200 untuk sebuah mesin basuh.

Balik ke rumah, beritahu mem tentang mesin basuh, ok laaa, pasal masin basuh yang lama rosak, belumpun sampai 2 tahun sudah rosak.

Hari ini aku awal pegi kerja, sebenarnya bukan awal, lewat sudah tapi oleh sebab aku kena ganti kawan yang kerja dari malam tadi, terpaksalah aku ganti ia jam 0130 petang. Irwan kerja 18 jam, aku pula sambung 18 jam.

Sampai di tempat kerja terasa lapar pula, maklum makan tadi jam 1030 pagi, nasib baik si Godfrey belanja KFC, sempena X Mas, terimakasih Godfrey, kalau boleh taun depan belanja lagi. Oleh sebab aku kerja 18 jam aku bawa Video Cam. tapi masalahnya, aku cuba downboad nda dapat pula,,,,,ani tah,,,buta komputer,,,,last-last tinggal buka internet saja lagi....