Thursday, January 8, 2009

RCA,,,,cari pasal

2 hari bertutut-turut mengikuti kursus RCA,,,,,mula jam 830 pagi balik pula dekat-dekat Maghrib. Besok hari terakhir kursus,,,,,rasa lega di hati. Banyak dipelajari dari kursus berkenaan, begitu berguna untuk digunakan sewaktu kerja maupun didalam kehidupan harian. RCA,,,,,roots cause analysis,,,,,,ada banyak tools boleh guna utntuk mencari penyebab2 masalah dari akar umbi.

Israel menyerang Palastine, mungkin kalau kita tahu dari akar umbi sebab2nya dan jika sebab2 berkenaan dapat dibendung mungkin Israel tak akan menyerang,,,,,,,,,,,,,,,,,

Salah satu sebab yang agak nyata ialah,,,,Palastine bukan negara (sengaja dikatakan negara, kerana bagiku Palastine adalah negara,) yang kuat,kaya dan digeruni . Dari sinilah kita patut mencari kenapa Palastine bukan negara yang kuat..........

Berdoalah kita agar Malaysia menjadi negara yang maju, kuat dan aman,,,,,,,Amin

Tuesday, January 6, 2009

Tersentuh di hati

Petang ni buka blog,,,,saya memang minat membaca blog, terutama yang berkisar tentang kehidupan. Salah satu blog yang di baca Abu Nuha,,,,,ketika membaca blog berkenaan terasa diri ini masih serba kureng,,,,bayangkan seorang bekas padri (di Kudat, Sabah), yg begitu kuat pegangan Kristiannya, juga ahli kutbhah,,,telah menganut agama Islam setahun yang lalu,,,,dan boleh berdakwah pula tu di samping di uji dengan bermacam2 dugaan,,,,,,,

Menyentuh dengan dugaan, kita membaca juga satu blog siswi yg sedang menuntut jauh dari tanah air,,,,,memang banyak dugaan yang ditempuhi, tapi kita harap anggaplah dugaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang........


Ingat pendekar bujang lapok,,,,,Cubaan,,,,,,,,

Budak Praktikal

Malam ni ada 6 pelajar dari INSTEP melapurkan diri. 3 daripadanya dibawah seliaanku. Sorang dari Sarawak, sorang dari Sabah dan sorang dari Labuan. Mereka buat praktikal selama 6 bulan di sini. Bermakna dalam masa tu, mereka kena lulus segala ujian yang diberikan,,,,,,,kalau tak lulus menyusahkan pula,,,,,pasal, besar kemungkinan mereka ni akan di ambil bekerja disini. Kena lulus dan tahu buat kerja.

Sessi pengenalan dan pembiasaan untuk mereka pada malam ni. Nampak macam bersemangat mereka nak belajar,,,,,,tapi kita tau,,,,,mula2 saja tu,,,,,,tunggu 2, 3 minggu,,,,pandailah mengular,,,,

Aku bagi khutbah secukupnya,,,,,,banyak yang aku sentuh, dari disiplin kerja, keselamatan, kesihatan, pergaulan dan juga ugama.......entah boleh terima atau tak,,,,,,Apa yang baik kita terima, yang buruk tu jadikan sempadan.....

Monday, January 5, 2009

Puasa 9 & 10 Muharam,,,,,,

Ni aku paste dari ABU NUHA CORNER,,,,,,,

Sebarkan seluas-luasnya kepada umat Islam, agar kita berpuasa esok dan lusa.
Sabda Nabi SAW :
“Mengerjakan puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun - iaitu tahun yang lalu dan tahun mendatang. Sementara berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang telah lalu”.
Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia itu sering melakukan kesilapan. Oleh yang demikian, Allah SWT memberi ruang kepada hambaNya agar melakukan ibadah yang dapat menghapuskan dosa, seperti bersalawat, berwudhu’, bersedekah, berzikir, menunaikan haji, umrah dan sebagainya.
Firman Allah :
“..Sesungguhnya perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan yang buruk..” (Hud : 114)
Oleh itu, termasuklah diantara perkara yang dapat menghapus dosa ialah dengan melakukan puasa. Seseorang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya ia bersabar terhadap perkara yang dilarang melakukannya.
Sebenarnya, Nabi SAW telah memulakan puasa Asyura itu ketika sebelum berhijrah lagi, bahkan penduduk Arab jahiliyyah juga berpuasa dan menghormati hari berkenaan.
Kerana itu Nabi SAW tidak memulakan puasa itu di Madinah dan tidak mengikut-ikut tradisi Yahudi.
Walaupun Yahudi itu berpuasa pada hari Asyura juga kerana meraikan hari Nabi Musa diselamatkan Allah SWT daripada Firaun dan bala tenteranya, sebenarnya Rasulullah SAW dan umat Islam lebih utama meraikannya.
Semua Nabi AS beragama Islam, justeru semua Nabi AS itu bersaudara, dan semua Nabi AS itu adalah Nabi umat Islam juga. Ini bererti kemenangan dan keselamatan Nabi Musa AS juga adalah kemenangan dan keselamatan bagi Nabi Muhammad SAW dan seluruh pengikut baginda.
Adakah kita merasa diri kita pengikut Nabi SAW? Jika ya, puasalah pada 9 dan 10 Muharram.
“Puasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu mengikuti puasa orang Yahudi. Puasalah sehari sebelumnya dan satu hari sesudahnya (agar tidak sama)”.

Bersama OKU

Sukan OKU,,,,,ketegori buta,,,siap tutup mata lagi,,,,,yang di depan tu coach,,,,lari 100 m ,,,,coach yang penat,,,,,klu sampai 5 atlit macamana,,,,,

Dr Zaidi,,,,,,,,tengah check atlit OKU,,,,nak bagi klassifikasi untuk lawn bowls,,,,,


Di perkampungan sukan Paraliampiad UPM, Kolej ke 11, di situ aku juga bersama atlet OKU,,,,siap dengan bendera lagi,,,,,,,,kamu tau itu bendera apa???????

Daud sedang beraksi,,,,syabass Daud,,,saya tau kau boleh,,,,at least u sekarang dah ada ranking,,,


Pembukaan Sukan Paraliampiad 2006 di Bukit Jalil,,,,,,Kontengen Labuan, walau kecil tapi berapi,,,,,tq JBS,,,,,kerana memberi peluang atlet OKU di dalam sukan,,,,,,,,
Adalagi cerita2 manis bersama OKU,,,,,




Hampir-hampir

Alhamdullilah, Allah masih sayang pada hambanya,,,,,,,,tadi pagi, selepas hantar budak sekolah, nak masuk persimpangan, ada laaa hamba Allah bagi chan untuk memasuki simpang,,,,,,baru saja tekan minyak,,tetiba sebuah motor dari sebelah kiri (kereta yg bagi peluang tadi) mencelah ,,,,mak oiiii, tersirap darah,,,,entah, dengan bantuan Allah, kaki tak semena-mana tekan brek keta,,,,,kalau tak memang mat motor tu aku langgar,,,,,,,,satu masalah lak.......

Hari ni mendapat lagi satu pengajaran,,,,,,,kalau dah di beri peluang, berhati-hati menggunakan peluang itu,,,,jangan terlalu tergesa-gesa, nanti merana badan. Peluang yang dimaksudkan apa-apa laa,,,,baik peluang untuk naik pangkat, peluang bisness, peluang belajar dan bukan saja peluang memasuki simpang jalan,,,,,,,,dapat peluang kita gunakanlah dengan sebaik-baiknya, tapi jangan sampai menjatuhkan orang lain,,,,,,,,,,kita ini manusia, asal yang sama,,,janganlah sakiti atau rosakkan sesama manusia,,,,,,,kalau dalam Islam, kita adalah bersaudara, yang punya Tuhan yang satu, Allah,,,,,harus di ingat manusia adalah di cipta oleh Allah,,,,thats mean manusia tu sama di sisi Allah,,,,,,,,,,cuma fahaman agama lain2......bukankah baiknya kalau fahaman hanya satu,,,,,,Islam..............sama undang-undang.

Sunday, January 4, 2009

Apa sudah jadi..................

Inilah keratan akhbar untuk Harian Metro hari ni,,,,,,,,,

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda.Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.Ada juga yang mengaku seawal usia lapan tahun, mereka mula merokok, minum arak dan mengambil dadah jenis syabu. Ikuti pengakuan mereka yang ditemu bual FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.

Memang dah di hujung dunia ni,,,,,,,,,,,,,

Rosak program,,,,

Laa, apa nasib badan, kita dah plan untuk bagi train on the 8/01/09 ni, dah di tukar pula,,,,,,kena datang tuk training pula,,,,,,,ni yang x best ni, kalau bagi training ok,,,,,,aku punya suka, aku boleh buat apa saja,,,,,tapi kalau kena training,,,,,,aku kena ikut apa-apa yang dah di progrem oleh lecture,,,,,,presentation dah siap, email untuk attend training dah antar, last minute cancel pulak.......apa nak buat........kita tahu merancang, tapi yang menentukan,,,,,Allah..

DL

Agak terlewat sedikit aku datang keja ari ni,,,bukan di sengajakan, semalam aku ceta tentang DL sama staff , hari ni giliran aku DL,,,bukan lah lewat sangat, ngam-ngam saja, 0730 pagi,,,itupun pasal aku kena balik rumah coz,,,sesampai dekat gate,,,lupa bawa ID,,,,that mean tak boleh masuk opis,,,,kena patah balik rumah ambil kad, nasib baik aku sampai gate sebelum jam 7, ada masa laa aku balik rumah,,,,,pecuttttt,,,,kalau berlumba dengan Rossi,,,dia pun kalah,,,dengan syarat dia berlari, aku naik motor,,,hehehehe,,,15 minit balik ke rumah dan 15 minit balik opis,,,,ngam2 0730 datang. Sebenarnya kebiasaan aku datang keja awal 20 minit dari waktu kerja, bermakna selalunya aku datang keja jam 0710 am/pm,,,,ada pengajaran dari peristiwa tadi,,,,,

1st. pastikan sebelum bertolak ke tempat keja, segala keperluan keja ada, spt ID, mykad, pendrive, laptop, dll....
2nd. datang awal,,,,sebab kalau tertinggal barang boleh ambil balik,,,,,,,,
3rd. pandu dengan berhemah, jangan lagu-lagu,,,,,,kata org biar lambat asal selamat,,,,
4th. entah.........kalau nak tambah, tambah laaaa....boleh ba kalau kao....