Sunday, December 28, 2008

Kerja 18 jam

28 Dec 2008, inilah tulisan ku yang pertama. Pagi tadi pergi ke tempat anak kawan kawin di Rancha-rancha, pergi bersama bakal menantu, agak awal juga datang , jam 1030 pagi sudah tiba, bagi sedikit hadiah buat Bro Dullah kemudian terus makan. Nampak juga seorang yang dikenali yg hampir merosakkan rumahtangga datang ke majlis berkenaan. Ah lupakan itu kisah lama. Aku balik naik motor, waktu pergi pakai kereta, anak pakai motor, tapi oleh sebab aku ada hal sedikit di bandar terpaksalah aku pakai motor. Dibandar singgah sebentar di kedai Singer, oja dangan meliat-liat ,,,,memang benar tergoda dengan mesin basuh PENSONIC, auto 10kg, harganya Rm1395, kalau beli cash, teuke kedai offer lagi ke RM1200. Duit pula tiada, pegi sekejap ke bank, sungkap jua RM1500, diselajurkan dengan bayar kad kredit RM200.
Selepas ambil duit terus ke kedai tadi dan jadi........RM1200 untuk sebuah mesin basuh.

Balik ke rumah, beritahu mem tentang mesin basuh, ok laaa, pasal masin basuh yang lama rosak, belumpun sampai 2 tahun sudah rosak.

Hari ini aku awal pegi kerja, sebenarnya bukan awal, lewat sudah tapi oleh sebab aku kena ganti kawan yang kerja dari malam tadi, terpaksalah aku ganti ia jam 0130 petang. Irwan kerja 18 jam, aku pula sambung 18 jam.

Sampai di tempat kerja terasa lapar pula, maklum makan tadi jam 1030 pagi, nasib baik si Godfrey belanja KFC, sempena X Mas, terimakasih Godfrey, kalau boleh taun depan belanja lagi. Oleh sebab aku kerja 18 jam aku bawa Video Cam. tapi masalahnya, aku cuba downboad nda dapat pula,,,,,ani tah,,,buta komputer,,,,last-last tinggal buka internet saja lagi....

No comments:

Post a Comment