Monday, December 29, 2008

Kerja berterusan

29 Dec , bersamaan 1 Muharam, Hari ni publik holiday, tapi saya tetap bekerja, tak kira waktu dan masa, kerja shift katakan. Malam kedua , ada 4 malam lagi. Sepatutnya saya bekerja 2 hari shift siang disusuli dengan 2 hari shift malam, kemudian off (cuti) 4 hari, selepas itu sambung lagi 2 hari siang dan 2 hari shift malam, off 4 hari , seterusnya kerja, off , kerja, off ,,,begitulah rutin kerja saya.
Tapi hujung tahun ni , bermasalah sedikit, seorang kawan cuti Xmas, yang seorang balik kampung di Kedah, khabarnya isterinya sakit dan di masukkan ke hospital, jadi tinggalah saya dan kawan saya Irwan, untuk meneruskan sisa-sisa kerja hujung tahun ni,,,,,,apa nak buat.
Tahun ni 31 Dec , saya kerja 2 tahun berturut-turut, tak caya,,,,,,,,datang kerha jam 0730 malam 31/12 dan balik 0730 pagi 1/1/09,,,,,,,,2 tahun, 2 bulan dan 2 hari,,,,,,

No comments:

Post a Comment